artikel di ambil dari:
Salam sejahtera semua,
Entri kali ini akan memberikan panduan kepada anda tentang bagaimana untuk membeli CCTV untuk rumah / premis anda. Janganlah keliru dengan offer yang "murah" dan pakej pakej menarik yang ditawarkan kepada anda.
Entri saya akan menggariskan dua perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pilihan.
1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri,
untuk pemasangan CCTV di rumah/premis anda, perkara yang saya senaraikan adalah mencukupi
a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 bnc output/1 vga output/1 network port/
b) 500Gb Hard disk
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah murah
d) Sistem boleh di lihat melalui web browser dan internet melalui streamyx anda
Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti motion detection/gsm alert/atau fungsi PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ ini.
2.Kos
Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya pernah terjumpa satu offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumla keseluruhan RM2000++.Entri ini dibuat supaya anda boleh bersedia dengan bajet yang berpatutan.
Ok sebagai panduan. CCTV perlu ada komponen komponen ini untuk ianya berfungsi. Sila pastikan komponen ini termasuk dalam pakej atau dalam senarai anda
a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4 channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8 channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu dvr ialah 16 channel
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel
b)Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus. Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR
(Anggaran KOS RM400) untuk 4 kamera
c)Hard disk - Dengan kapasiti 500Gb
(Anggaran KOS RM160)
d)BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu 10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter
(Anggaran KOS RM80)
e)Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera
(Anggaran KOS RM80)
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda
f)Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu buat extension elektrik berhampiran kamera
(Anggaran KOS rm40)
Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00
Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan item (e) dan (f)
Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap kamera
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200
anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera
anggaran kos : congigure streamyx RM200.00
keseluruhan kos pemasngan ialah RM1,2000
* SILA AMBIL PERHATIAN, SEMUA KOS DIATAS ADALAH ANGGARAN SAHAJA,BERDASARKAN PEMERHATIAN KE KEDAI KEDAI CCTV