Tuesday, November 29, 2011

My House Story: Plaster wall

Tengah cari orang untuk buat plaster dinding. Geng kelang tidak available dan wak yang nass cadang nak 25k untuk siapkan semua kerja-kerja plaster. Nak mampus..mahal dowww

Rupanya masih banyak kerja2 yang perlu diberaskan sebelum orang2 plaster dinding memulakan kerja. Wiring kena habis. Nasib baik sudirman dan nass laju. Semalam beli lagi selonggok wire tapi kali ne kat kedai pemborong elektrik di puncak jalil. Lagi murah. Alarm system masih tertanya-tanya status nak pasang camno.

Rafiq and the geng masih meneruskan kerja-kerja di bahagian bumbung. Anak atap dah siap. Rafiq tengah siapkan dinding belakang menghadap jiran. This week bole siap kot.

Malam tadi aku hantar shingles hip dan ventilation kat site. Sebab beli sikit so supplier nak charge transportation dari port kelang 120. Aku minta tolong p ambik pusing kat dua jam cari warehouse yang rupanya dah pindah tempat. Hampeeh.

Monday, November 28, 2011

My House Story: Kerja-kerja wiring

Sudirman ne memang expert dalam wiring. Dalam 2 hari ja dah nak siap tingkat bawah. Sekarang tengah buah soket di bawah. Wire pun dah makin kurang. Nampaknya terbang lagi se ribu nak beli wire tambahan nee.

Bumbung masih belum siap sepenuhnya ada beberapa kerja-kerja halus di atas anak atap yang perlu di buat. Nampak cantik. Heheheh

Thursday, November 24, 2011

My House Story: Kerja-kerja wiring telah bermula

Hari ini, wak sudirman sudah memulakan kerja-kerja menarik wire utk rumah aku. Nampaknya sudirman ne memang mahir memasang wiring electric. Nampak kemas dan teratur. Semalam beli barang wiring semua taklah mahal cuba kena cari tempat supply barang yang murah.

Atap hampir selesai dan abang aku dah advice pekerja pasang rabung.

Monday, November 21, 2011

My House Story: Masih cerita bumbung

Dah 5 hari aku tinggal projek rumah aku ne kerana ke Jakarta. Waduh masih belum siap ya bumbungnya.

Hampir 70 peratus sudah di pasang shingles dan menunggu abang aku touch down malam nanti untu bagi arahan cara nak pasang rabung untuk keluarkan udara panas dari atap.

Lain2 proses seperti pasang batu-bata untuk pagar dan belakang masih gagal diteruskan sebab black sudah menghilangkan diri. Yanto pun dah tak nampak. Tinggal group rafiq 4 orang. Susah betul pekerja2 ne.

Tuesday, November 15, 2011

My House Story: tambahan pekerja

Semalam lepas kecoh-kecoh kerja slow abang aku tambah 2 pekerja lagi bawah panjang.

Pagi ne dekat 8 orang kat site buat kerja dan panjang teruskan buat bumbung. Kawan panjang yang dibawak semalam pasang plywood. Laju dia buat kerja nee. Yang lain ada kerja juga. Black gagal untuk datang kerja.

Hujan lebat nak turun ne so kerja2 mungkin di tangguhkan .. Adus delay lagi

Monday, November 14, 2011

My House Story: Shingles oh Shingles

Panjang suruh aku naik ambik gambar 1st batch shingles yang dia pasang. Wohoho..tinggi wo. Gayat aku. Punya mengelabah sampai peluh menitik-nitik. Hahah. Apa nak buat..takan tengok aja

My House Story: Hari kerosakan

Compressor baru beli dah rosak. So aku p tukar yang baru. Hampeeh. Buang masa atas jalan 2 jam.

Aku dah suruh pekerja buat kerja kat pagar tuang simen untuk siapkan main pagar. Slow juga.

Panjang dengan kawanya laju buat kerja tengah naikkan shingle utk di pasang.

Sunday, November 13, 2011

My House Story: sambungan pemasangan plywood

Hari ini aku p check site untuk tengok perkembangan renovation rumah aku. Nampaknya masa untuk memasang atap ini memakan masa yang amat lama.

Sepetang tadi hujan lebat so ada kesan2 basah pada plywood yang siap di pasang. Naya kalau tak kering plywood ne.

Friday, November 11, 2011

My House Story: sambungan Pemasangan Plywood dan pagar

Kerja-kerja pemasangan plywood untuk atap masih diteruskan. Pekerja masih struggle nak pasang plywood kat atap kerana mungkin masih belum biasa dengan cara pemasangan macam ne.

Pakar dah semakin complete. Pagar utama dah naik tiang. Mungkin esok akan mula masuk simen. Black ikat batu ok laju.

Dapat juga minyak hitam untuk sapu kat plywood. Nak sapu macam mana aku pun tak sure.

Wednesday, November 9, 2011

My House Story: progress pagar

Nampaknya strategi abang aku bawak 2 pekerja beliau ke site rumah aku. Pagar yang slow giler dah nampak bentuknya dan esok akan mula buat main gate. Sempat aku lari beli peti surat untuk di letakkan di main gate. Pekerja juga minta order batu bata pasir 2 pallet dengan kayu kucai.

Rupanya ada lagi benda kena beli. Nak kena cari minyak hitam untuk sapu kat plywood sebelum di pasang di atap.