Sunday, April 29, 2012

My House Story: cat pagar

Walau pun hari ahad tapi pekerja cat nak juga buat kerja. Mcm tak ada hari cuti diorang ne.

Mula2 pilih warna coklat gelap untuk tiang pagar dan hijau olive untuk dinding tapi tukang cat kata nanti takut tak cantik. Terus tukar. Nah akhirnya jadi la kaler ne.

Tarrace untuk depan pintu utama dah siap rangka tapi kena tunggu panjang balik sebab ajid dah kidnap dia. Hampehh..delay laa kejap.

Friday, April 27, 2012

My House Story: kayu bidding untuk pintu

Tak cukup juga kayu bidding untuk pintu nee.. Aduss. Kenapalah tak cukup. Dah kira ngam2 tu. Kayu skirting pun tak cukup 6 batang. Kayu bidding yang nipis akhirnya jadi tukun tiruan la gamaknya sama dengan tiang konkrit yang tersalah beli.

Tiang kayu yang aku beli kat labu dah mula di dirikan oleh panjang. Hopefully cun la nanti kalu x cung naya

Wednesday, April 25, 2012

My House Story: tanah untuk laman

Akhirnya seluruh laman aku sudah di penuhi oleh tanah (top soil) yang aku beli dari dua tempat. Keraguan yang tanah dibeli tidak mencukupi akhirnya terjawap bila semua kawasan sudah di penuhi dengan tanah.

Taza terkejut bila datang malam ahad hari tu untuk ukur kawasan yang akan ditanam rumput. Besar giler katanya. Apa nak buat taza. Petang tadi dia datang lagi terkejut sebab panjang dah habis angkut tanah masuk ke dalam laman rumah.

Panjang mula kerja dengan aku last sunday setelah sekian lama cuba untuk dapatkan khidmat dia.

My House Story: Kitchen Cabinet

So worried about my kitchen cabinet. Since the cabinet guys came last week to install the kitchen cabinet body my heart pumping like crazy wanting to see the final product. Still worried the design didn't materialize as I imagine.

Need more discussion with the workers to make sure the design will make my wife happy.

Saturday, April 21, 2012

My House Story: pagar sudah pasang

Walaupun terlewat 2 hari, pagi tadi ayien pagar datang untuk memasang pagar ciplak aku dan bunga pagar keliling rumah. Pagar untuk pintu kecik kat belakang juga telah dipasang walau belum sempurna.

Tile dah selesai dipasang. Last tadi buat tangga untuk pintu depan dan pintu sisi. Ok la hantam saja design.

Pekerja untuk pasang kitchen cabinet pun dah mula memasang rangka cabinet. Ada beberapa salah faham tentang ukuran di semenanjung harap orang skim dapat bantu aku.

Friday, April 20, 2012

My House Story: near the end

After nearly 10 month endure a lot of stress, argument, sadness, angry, painful and sleepless night...the end is near. My house near to complete. The driveway taking shape signaling the end of tiles work.

I felt so damn tired trying to finished all work before an of month. My energy dried up so fast as my saving too.

Thursday, April 19, 2012

My House Story: hari yang paling sibuk dan stressfull

Semalam hari terakhir tukang cat bekerja di rumah aku. Kena datang balik untuk settle pagar dan touch up dinding rumah. kena decide sama ada nak tukar warna dinding ruang umum atau stickk to corn yellow.

sudirman masih gagal mendaftarkan diri dan aku kena kira satu persatu barang yang aku beli dan sudah dipasang untuk pastikan sudirman tidak menipu.

Tadi sepatutnya hanya pekerja pintu yang datang tapi akhirnya semua datang. Pekerja plaster siling yg sepatutnya sampai esok (khamis) datang termasuk geng tiles. Sudahnya penuh rumah.

Paling best lori tanah sampai. Patut semalam janji punya janji tadi pagi sampai dan tawkey india tu charge mahal sebab dia kata tanah datang dari mantin. Cilakoo

Monday, April 16, 2012

My House Story: sad day for me

Setelah banyak aspek di pertimbangkan akkhirnya aku memilih cat dari jenama nippon untuk common area memandangkan harga yang amat murah dan hampir menyamai kualiti cat jotun. Apa nak buat bajet sudah melarikan diri.

Paling memeranjatkan bila aku tengah lunch bila mendapat panggilan bertalu-talu dari johny dan pekerja cat. Dah berdebar apa hal ne. Johny kemalangan ditempat kerja apabila grinder yang dipakai untuk memotong kayu terbabas kena pada kaki dia. Adusss..mcm pelumba F1 aku drive ke site. Nampak parah. Budak cat tu kata darah memang banyak kat atas.

Aku bawak ke klinik berhampiran tapi doktor bertugas kata ini kes serius mungkin urat kaki putus dan kena hantar ke hospital serdang. Drive lagi. Luka johny nampak dalam. Sampai ke hospital serdang kena tunggu bagai nak rak di wad spara kecemasan. Jam 2 masuk jam 5 petang baru dapat jumpa doktor. Then kena tendang ke wad optho untuk jahit. Tunggu lagi sejam. Sebelum doktor kata kena warded sebab serious dan kena operate malam ne. Aduss semua tu punya tapi aku kena redha sebab johny aku yang nak sambung di site aku.

Saturday, April 14, 2012

My House Story: Lampu Pagar sudah pasang

Akhirnya lampu pagar sudah dipasang oleh Sudirman and the geng. Cung tapi satu lampu tidak menyala..aduss..

Sham pekerja cat sudah pun mengecat balkoni dan parking. Cantek warna olive ne.

Hari ini hari terakhir geng matsairi ngan aku dan minggu depan hanya johny stay tolong aku

Friday, April 13, 2012

My House Story: skirting

Johny dah sapu cat habis semua kayu pagi tadi tapi bila nak sapu varnish tengah panas mengelupas gila. Apa la. Call kedai kayu mcm haram jawapan dia. On the way balik aku teringat masa zaman sekolah kelas seni perusahaan terus call johny suruh dia varnish dalam rumah bagi jangan panas sangat. Ok jadi. Hahaha nasib baik masa cikgu hasan ajor aku tak tido. Dah pasang nampak cantek alhamdulilah.

Budak2 cat very helpful dan bagi tips warna tapi kantoi juga sebab bila beli warna cat untuk papan manis rupanya salah tak matching dengan warna foamcrete.

Sudirman muncul kembali setelah 3 hari menghilangkan diri. Fuhh..nasib baik. Banyak akal dia ne

Woon plaster siling pun datang pagi tadi bawak chief crew dia. Banyak yang dia kena tampal lubang sebab sudirman sudah tebuk. Lubang untuk kipas master bedroom pun kena tebuk. satu lubang kena tebuk untuk bilik air dengan dapur.

Thursday, April 12, 2012

My House Story: cat oh cat

Kerja-kerja mengecat ruangan bilik di tingkat atas sudah bermula. Bilik daniel dan aleeya nampak lembut dengan warna rose pastel dengan light purple.

Bilik aku nak bagi nampak gempak pakai warna hijau kekuningan. Cuma tinggal feature wall belum boleh decide lagi apa warna.

Kerja-kerja pemasangan tiles kaca di bahagian dapur sudah bermula dan amat memberanggsangkan hasil akhir dia.. Heheheh berkilat woo.

Sudirman tak datang lagi hari ini so tiada siapa nak pasang lampu pagar. Adus. Call tak berangkat dia ne. Satu lagi no langsung tak dapat.

Tiles hampir selesai di pasang di semua kawasan. Aku dah decide nak pasang tiles kat kawasan driveway hopefully dapat kawtim harga nanti dengan awen.

My House Story: Lampu Pagar

Akhirnya di beli juga. Rushing p ke house of lighting petang tadi. Mem besar sangat berminat dengan lampu chandelier spiral yang tengah sale RM750 tapi aku nak yang saiz besar sikit so kena tunggu ada duit lebih sikit la.
Belek punya belek lampu pagar mem minat lampu yang macam kaca pecah bila pasang cahaya merah. Not bad. Terus sapu. Settle

Pagi tadi sempat balik ke sg pelik tengok pagar. Dah siap dan menunggu untuk dihantar ke pawder coating sahaja. Cantik la juga walau agak rendah di bahagian pangkal tak macam yang aku nak dalam gambar.

Pekerja yang dok mengecat dah hampir selesai pulun cat luar. Nampak kemas cuma timeless 1024 yang aku beli tak sama caler dengan katalog. Hampehh.

Wire men dengan tukang pasang tiles cuti lagi hari ne. Banyak la cuti diorang kan.