Tuesday, March 26, 2013

My Green Garden: Periwinkle @ Kemunting Cina @ Catharantus Roseus

Baru tahu nama pokok bunga ini. Rupanya sangat famous dan mempunyai manfaat dari aspek perubatan herba.

Sedikit fakta diceduk dari internet:
Ia mengandungi bahan perubatan yang dipanggil 'alkaloid vinblastine' dan 'alkaloid vincristine' yang merupakan bahan yang amat baik untuk merawat penyakit leukemia. Namun pokok ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan beracun, tetapi amalan menggunakannya megikut dos yang rendah menjamin kemujarabannya. Minta nasihat doktor terlebih dahulu tentang dosnya.

Monday, March 25, 2013

My Green Garden: 4th rise bed and flower mania

Tak ada plan pun nak buat rise bed ke 4 ne. Tiba2 bangun pagi ambik gergaji mula memotong. Pecah peluh mcm banjir kilat. Akhirnya siap juga.

Projek menanam bunga di sekitar garden dah siap skrg penuh dengan macam2 jenis bunga.

Sunday, March 17, 2013

My Green Garden: A Very Hot Weekend

Mcm tak percaya cuaca sekarang. So extreme. Sometime it so damn hot and suddenly raining cats and dogs.

Aktiivti berkebun terpaksa dihadkan memandangkan semalam selepas berkebun tak ingat dunia hasilnya kepala pening sampai mlm.

Hampir complete rise bed siri untuk tanam menanam. So sekarang tunggu benih yang di tempah sampai sahaja.

Saturday, March 16, 2013

My Green Garden: Rise Bed continue

Hari ini kena cuti sebab nak kena jadi bibik. Bibik sementara tidak begitu boleh di percayai. So dah cuti apa lagi la. Berkebun la jawapnya.

Akhirnya complete juga rise bed aku di tengah garden. 3 serangkai. Hasil keras tangan aku yang dah bertahun tak pegang gergaji atau tukul.

Rise bed pertama aku yang dihuni oleh pokok tomato yang masih belum membesar.

Rise bed kedua masih dalam proses mengadun tanah yang resepi tanahnya sering bertukar-tukar. Kena import tanah dari kampung nampaknya.

Rise bed ke 3 ne berbentuk 3 segi sebab keadaan muka bumi yang sudah begitu. Rise bed ini aku nak peram kasi formula baja kompos yang aku tgk di internet menjadi kenyataan. Sudah dua lapisan daun kering dan rumput menjadi resepi baja kompos. Rise bed ini nanti akan aku tanam dengan sawi dan kailan yang sudah di order.

Sunday, March 3, 2013

My Green Garden: tuaian

Adalah 3 batang kacang panjang yang dapat di tuai smlm. Mrs mama teruja memotong kacang-kacang walau hanya dapat 3 batang. Hehehe

Balik rumah emak semalam sempat juga cukai pokok kemboja bunga putih, bunga ros dan macam2 lagi. Hehehe..umah mak dah mcm nursery pun. Mcm2 ada.

My House: proses kecantikan

Baru la ada peluang nak menanam pokok bunga keliling corridor sbb hujan dah berhenti. Kalau tidak hari-hari hujan naya juga.