Showing posts with label My Green Garden. Show all posts
Showing posts with label My Green Garden. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

My Green Garden: kacang panjang sudah berbunga

Pelik baru 3 minggu tanam dah berbunga. Tinggi pun adala sekaki lebih. Rupanya beli benih kacang panjang renek.tu pun tau bila p nursery petang tanya dengan abe kelate tu. Jenuh la buat pancang bagai nak rak.mana boleh naik kalau baka renek. Hahaha

Petak rise bed ketiga sudah dalam pembikinan awal. Petak satu sudah ready menerima tomato dan cili yang sedang disemai. Petak kedua dalam proses mengolah mengembur dan menyuburkan tanah. Tanah merah liat berwarna merah oren sudah bertukar kegelapan. Kena tambah pasir dan sekam.

Petang tadi masa ke nursery borong tanah bakar, tanah baja, tanah hitam, benih sikit, baja kompos dan baja taik kambing. pokok bunga bini sudah angkut 2. So kena beli pasu. Terbang juga la RM75.

Thursday, February 14, 2013

My Green Garden: Benih tomato sudah bercambah subur

Nampak sihat dan gemuk benih-benih tomato yang disemai. Benih ne aku beli kat nursery pasar borong. Tunggu sabtu ne aku akan pindahkan ke bekas yang lebih besar.

Aku cuba semai benih tomato cherry yang dibeli di pasaraya. Lepas tak habis makan simpan dalam freeze sampai lupa. Akhirnya kecut. Aku pecahkan tomato tu dan terus kambus atas pot bunga, rupanya boleh tumbuh juga. Alhamdulilah. Tunggu besar sikit sebelum di alih.

Paling magis bunga yang sekuntum ne. Maid aku selamatkan dari pokok yang dibeli dulu lepas tu mati. Semai melalui pokok yang dah mati tu akhirnya mengeluarkan bunga.

Saturday, February 9, 2013

My Green Garden: rise bed soil

Projek membina rise bed soil terus di sambung hari ini. Dari jam 930 pagi tadi aku terus mencampurkan tanah bagi tujuan mengisi petak yang disiapkan last week.

Projek terkejut ialah membina petak untuk batas ubi. Hahaha ubi pun ubi laa

My Green Garden: Semai menyemai

Akhirnya kacang panjang yang di semai mula menunjukkan daunnya. Ini batch kedua selepas batch pertama sudah lebat daunnya dan nampak sangat subur.

Ubi kayu yang tidak berua telah diberi nafas baru dengan membina petak rise bed soil bagi mengelakkan tanah di bawa oleh air hujan. Kali ini aku sodok tanah sedalam sekaki dan tanah di campur dengan pasir untuk memastikan air dapat mengalir.

Pokok Daun kunyit juga di ubah kerana di tempat asal masih gagal berkembang.

Saturday, February 2, 2013

My Green Garden: Rise bed soil.

Semangat semalam tak habis lagi jadi hari ne sambung buat tapak kedua untuk projek tanaman sayur ku yang gagal. Hahhaa

Kali ini aku merancang untuk membuat tapak tanaman yang lebih tinggi untuk sayur2 yang mempunyai akar yang panjang.

Jenuh juga nak buat sebab kayu yang aku ada tak sama lurus dan saiz. Hantam saja laa.
Akhirnya siap juga beserta satu extra acuan tapak yang boleh di gunakan untuk tenam lan nanti.

My Green Garden: Starting My Rise bed soil

Tanah yang ada sangat la keras dan tidak menyerap air. Tanah liat. Kena tipu dengan taukey nursery bangi yg kata top soil yang di supply masa aku beli utk penuhkan laman sangat2 la subur akhrnya hampehh.

Lepas tengok kat youtube pasal rise bed soil ne aku mcm nak cuba. Ada satu cara yang dibuat kat india dia campurkan dengan daun-daun kayu di peringkat bawah sebagai base sangat menjimatkan. Aku try yang ne dulu sebelum guna adunan tanah yang lain.

Monday, January 28, 2013

My Green Garden: Projek hantam saja la labu

Puas memikirkan macam mana nak menjadikan tanah sekangkang kera kat hujung umah aku sesuai untuk tanaman sayur-sayuran aku. Dari google aku ada terbaca simple method nak jadikan herb garden aku berjaya.

Tanah top soil yang aku beli dulu rupanya tak sesuai kerana dari jenis tanah liat. So kalau hujan banjir sebab air tak menyerap dalam tanah. Nak tanam apa pun x jadi.
Harap-harap usaha kali ini berjaya.

Monday, November 12, 2012

My Green Garden: main tanam-tanam

Setengah hari di habiskan mencampurkan tanah bakar dengan tanah hitam untuk dijadikan asas untuk menanam pokok tomato dan few pokok bunga. Hopefully ramuan tanah ini berjaya menghasilkan buah dan pokok yang sihat

Friday, October 19, 2012

My Green Garden: Cili dan Limau

Akhirnya tunas cili sudah dipindahkan ke batas tanah setelah hampir 3 minggu dalam pasu semaian. Harap-harap menjadi la.

Pokok limau kasturi aku nampanya masih kemetot tak mau naik walaupun buah dia ada 2-3 biji. Next plan aku nak tanam lemon

Saturday, October 13, 2012

My Green Garden: Cili oh Cili

Mak air bercambah giler benih cili yang maid aku semai. Mau penuh batas nanti.

Aku dah standby tanah hitam untuk di campur dengan tanah merah sedia ada di herb garden. Hopefuly nanti berhasil la tanaman cili kami. Aminnn

Monday, July 23, 2012

My House Story: rosemary dan rumput karpet

Rumput belah porch ne aku beli kat nursery di Balai Bomba Puncak Jalil. Mahal RM2.50 sekeping berbanding RM1.30 di sg buluh. Apa nak buat. Tak tahan tgk kucing dok berak kat atas pasir. Beli sikit2 dulu lepas balik out station tambah lagi.

Rosemary yang aku beli kat nursery pasar borong selangor makin hari makin kering tak sure kenapa.