Monday, July 23, 2012

Pasar Borong Selangor

Semalam aktiviti biasa during weekend di teruskan walaupun puasa. Orang tetap ramai sebab nak simpan stok dan prepare buka la kot.

Mcm-macam ada. Macam2 jenis ikan yang aku tak pernah jumpa pun ada. Tapi satu jer aku kurang berkenan. Kebersihan yang sangat la tidak dijaga. Mahu kena samak 7 lautan kalau kena air kat lantai.

My House Story: rosemary dan rumput karpet

Rumput belah porch ne aku beli kat nursery di Balai Bomba Puncak Jalil. Mahal RM2.50 sekeping berbanding RM1.30 di sg buluh. Apa nak buat. Tak tahan tgk kucing dok berak kat atas pasir. Beli sikit2 dulu lepas balik out station tambah lagi.

Rosemary yang aku beli kat nursery pasar borong selangor makin hari makin kering tak sure kenapa.

Friday, July 20, 2012

My House Story: Hujan

Wah satu hari hujan melanda KL hari ini dari suboh sampai malam hujan turun.

pergi kerja kena hujan lencun maklum lah naik motor. Transpot yang mudah utk aku p kerja. Ambil masa 15 minit nak sampai office kalau naik motor. Naik kereta ermmm makan roti taruk jam la layaknya.

Lewat petang aku baru balik sbb nak settle baju perbarisan ke olimpik. Sedar2 dah jam 645. Janji dgn aidil dari sci untuk datang ukur untuk wardrobe kami.

Malam mama masak special punya pucak ubi pemberian mak ahad lepas di celur air panas dengan sambal tumis udang. Perghhhh.. Mendayu kena.

Lepas makan pekena kopi maut. Aku try kaedah bancuh kopi lepas tengok drama terrorist among us kat tv. Wah menjadi. Sedap. Hanya cinnamon sahaja x ada untuk penambah perisa.

Tuesday, July 17, 2012

My House Story: new termac

Masa budak2 unifi datang rumah time tu la pulak india yang dok pusing untuk cari pelangan yang berkenaan nak taruk termac kat driveway pun lalu. Memang nak cari pung orang yang boleh bikin.

Kena la 220 untuk depan driveway sepanjang 18x 1.5 kaki plus tepi. Kalau lepas ne pasir masuk rumah juga tak tau le

Monday, July 16, 2012

My House Story: Latest edition to my garden

Mak dengan amir datang lagi last sunday bawak buah tangan dari kampung. Binih pisang 3 pokok untuk ditanam di keliling rumah. Harap2 menjadi la. Benih pisang tanduk, lemak manis dan berangan dibekalkan oleh abah.

Jenuh juga nak gali lubang kat depan rumah tu sebab tanah berbatu bagai. Terpaksa guna pemecah batu. Nice location bila tengok dari balkoni.

Terima kasih abah, mak dan amir

Sunday, July 15, 2012

My House Story: my new hot spot on sunday

This small area become my favourite place to lepak having my breakfast, munchy time or just plain sitting to rest.

The 3 chair I bought 3 week ago in ikea after the first choice as feature in pervious entry seem to big and out of place.

Very nice setup indeed and now looking forward to buy the right outdoor table.

Sunday, July 1, 2012

My House Story: minat baru

pokok bunga bei kat pasar borong selangor RM7


RM 8


Rosemary RM 12. jumpa juga akhirnya


benih daun sup dalam pasu semaian


pandan dan serai abah bagi


pokok cili yang dah kaput....


nampak bunga dah sihat


nampak cantik dari luar bawah matahari





Sejak masuk rumah baru ne, mama sentiasa nak tambah stok bunga dia. Semalam sempat singgah ke nursery sebelah pasar borong selangor untuk tengok pokok bunga. Mama minta belikan 2 pokok bunga sebab nak tambah koleksi kat tingkap. Ambikkkk..

Tengok punya tengok nampak rosemary..apa lagi rembat.. Hahaa

Sambil2 tu sempat juga beli baja urea untuk rumput karpet yang x gemuk2.