Wednesday, June 25, 2014

BUAT RACUN SERANGGA SENDIRI!

BUAT RACUN SERANGGA SENDIRI!

Berikut senarai jenis serangga perosak ini.

Serangga jenis mengunyah Kumbang Belalang Kupu-kupu Ulat Bulu Siput Lintah Bulan Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit) Aphis @ Aphid @ kutu Daun Koya Pianggang Teritip (Scaler) Kulat Putih

 Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Terdapat cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Penyediaan Bahan Larutan Stok/Asas 1) 1 liter Air 2) 1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur 3) 1 Sudu besar sabun basuh 4) 4-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara Memproses 
1) Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air.
2) Tumbuk 4 hingga 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi, kacau dan tapiskan
3) Untuk penyemburan, campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air.

Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit.

Bahan ini adalah campuran yang sering digunakan untuk penggemar herba dalam kuantiti yang sedikit. Bagi yang berskala besar, boleh campurkan ekstrak bawang, tapis dan campurkan air sebanyak 1 liter. Kemudian sembur pada pokok dan sesuai untuk mengawal penyakit reput antraknos.

Serangan yang Berbeza
1) Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)-untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

2) Ekstrak halia-untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

3) Ekstrak daun Neem (semambu)-untuk mengawal vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

4) Ekstrak bawang putih-untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1 :200.

 Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah dan penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya

Sunday, June 15, 2014

My Green Garden: try tanam kacang tanah

‎Hampir kecewa selepas cubaan menanam timun hanya membuahkan 3 butir timun. Tanah pulak keras kerana Musim kering melampau sekarang. Jenguk Minta nasihat cikgu Google dengan cikgu youtube akhirnya beranikan diri tanam kacang tanah untuk mengembalikan nutrien dalam tanah. Harap-harap menjadi