Thursday, March 1, 2012

My House Story: Foam Crete

Sekali lagi hari ini adalah hari yang memeningkan sebab percangahan pandangan antara aku dan abang aku. Aku nak tamatkan perkhidmatan Johny and the geng sebab dah banyak bulan bayar untuk 3 orang tapi yang kerja 2 orang sahaja. Abang aku tak bagi.

Tengahari tadi sempat aku lari beli foam crete untuk bahagian bawah tingkap. Setelah save duit dari pembelian tiles aku larikan untuk beli foam crete. Heheh tapi sapa nak pasang. Satu persoalan??

Seminggu ini hujan hampir di setiap petang. Nasib baik pagi tadi johny dah siap buat concrete.

Pasir dan simen untuk melantai sudah settle tunggu hari ini untuk geng tiles masuk.

Tuesday, February 28, 2012

My House Story: Minggu yang amat sibuk

Minggu ini semua nak kena siapkan. Abang aku hantar panjang dan sorang lagi ke rumah aku utk pasang siling di atap. Dah dua hari kerja hampir selesai.

Same times pekerja yang pasang plaster siling untuk bahagian bawah pun mulakan kerja pemasangan. Memandangkan siling bahagian bawah ne rendah jadi plaster siling yang dibuat agak rendah. What can I say more.

Petang tadi sudirman datang kerana pekerja plaster nak pasang siling dan wayar kena ditambah untuk lampu panjang mengikut rekaan plaster siling yang baru.

Friday, February 24, 2012

My House Story: Tiles

Tiles mula di hantar pada hari rabu dan khamis yang lepas. Nampak tak ada yang pecah dan berkeadaan baik.

Based on perbualan aku dengan driver tiles 2x2 yang aku beli dari jenama White Horse ada kualiti walaupun 2nd grade.

Hopefully nanti bila pasang tak timbul sebarang masalah.

Wednesday, February 22, 2012

My House Story: Terrace

Petang tadi johny dan shamsuri sudah mula memenuhkan acuan terrace dengan simen. Nampaknya simen murah yang dibeli lama dulu masih boleh digunakan.

Tile murah yang aku beli telahpun sampai. 120 kotak daripada 158 kotak untuk tiles 2x2.

Hopefully semua elok dan boleh digunakan sepenuhnya.

Tuesday, February 21, 2012

My House Story: Terrace

Kerja-kerja mengukur terrace untuk persediaan membina terrace atau kaki lima bermula pagi tadi selepas kerja-kerja memecahkan lantai selesai.

Still need more time to do some searching on foam create. Mana nak cari la..pening

Friday, February 17, 2012

My House Story: Tingkap

Kerja-kerja memasang tingkap sudah bermula di bahagian atas. Nampak kemas. Suka dengan warna cermin cuba tak suka dengan design handle tingkap yang nampak gemuk.

Kerja pembersihan ruang atas dari sisa pembinaan diteruskan hari ini dan masih slow mcm siput sedut.

My House Story: progress??

Should I call it progress or regress ?? Slow la indon ne..masih lagi terkial-kial nak plaster dinding yg sekangkang kera tu.

Proses wiring bersambung nampaknya dalam masa 2 hari sudirman dah settle target yg telah ditetapkan.

Kerja-kerja membersih dan memecah lantai bermula. Slow cam siput. Tensi tgk diorang ne la.

Petang tadi kalam kabut beli cat sebab dapat khabaran esok nak cat under coat dan seperti biasa at last tak jadi. Walaubagaimanapun cat aku dah beli Jutashield 07 sealer. Satu tong RM185. Kat seri petaling RM178 tapi kena angkut sendiri kat puncak jalil ada delivery walau harga mahal sikit.