Monday, August 27, 2012

King Koil Mattress

Aku beli tilam ne 7 tahun lepas untuk keselesaan isteri tersayang yang mengandung sulung. Sales man tu kata king koil ne memang bagus dan ada warranty 10 tahun dari sebarang defect dan bentuk dijamin kekal.

Memang janji-janji palsu la king koil ne. Setelah tahun ke 7 sebelah sisi kiri senget dan beralun lembut berbanding sebelah kanan yang masih utuh.

Wakil pengilang dari king koil datang tadi setelah jenuh berbalas-balas email dengan customer service king koil sampai ke US. Sekali dia datang katanya ini wear and tear maksudnya biasalah bila dah guna lama. Hampehh. Kalau cmtu baik aku beli tilam biasa. Sure wear and tear selepas beberapa tahun. Tak yah beli yang ada jaminan 10 tahun la.

1 comment:

  1. mimi said:
    Hahaha...tukar king koil ke tilam air la...agk2 dh senget sebelah kasi tmbh air...

    ReplyDelete