Sebab Daun Tomato, Cili dan Bendi Menjadi Kuning
Dua tiga hari ini saya ada banyak menerima emel daripada rakan-rakan tentang penyakit yang dialami oleh tanaman yang ditanam di sekeliling rumah. Sukar untuk dinyatakan apa puncanya kalau tiada maklumat yang secukupnya. Keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor nutrien/pembajaan atau serangan penyakit (mikroorganisma).
Kita anggapkan masalah tersebut disebabkan oleh kekurangan nutrien. Kalau daun menjadi kuning, ia mungkin disebabkan oleh tanaman gagal menyerap unsur yang diperlukan untuk membina klorofil, iaitu bahan yang lazimnya berwarna hijau yang ada kaitan dengan proses membuat makanan menggunakan cahaya matahari, air dan udara (karbon dioksida).
Kalau daun bertukar menjadi kuning dan kemudian mati. Kadang-kadang terdapat sedikit warna merah. Pertumbuhan pula perlahan dan daun bergulung. Ini tanda kekurangan Nitrogen. Boleh selesaikan dengan baja organik terutamanya baja kandang.
Kalau daun berwarna hijau tua di sebelah atas, di sebelah bawah bertukar ungu. Daun kemudiannya menjadi kuning dan mati. Batang pokok pula halus danpertumbuhan terbantut. Bunga dan putik buah tidak lekat, ini tanda kekurangan Fosforus.
Hujung daun menjadi kering, bertukar warna perang dan mati. Ini tanda terlebih Klorin.
Urat daun menjadi kuning, daun kemudiannya luruh. Terdapat kesan warna merah. Sisi daun tua mati mati tetapi pucuk daun tidak mati. Ini tanda kekuranganMagnesium.
Daun bertukar warna (kuning) terutamanya di bahagian sisi menjadi perang. Kawasan urat berwarna kuning. Pertumbuhan pokok dan akar terbantut. Tanda kekurangan Kalium.
Urat daun tua mula luntur warnanya. Daun menjadi pucat dan bergulung. Pucuk mula mati. Kekurangan Molibdenum.
Daun pucat secara menyeluruh. Pertumbuhan terbantut. Kekurangan Sulfur.
Pucuk layu dan hujung kering seperti terbakar. Warna daun tidak pucat tetapi pertumbuhan terbantut. KekuranganKuprum.
Urat daun mulai luntur bermula dengan daun tua, akhirnya seluruh daun menjadi luntur. Kekurangan Besi (Ferum).
Bahagian urat daun matang tidak luntur tetapi daun muda menjadi kuning bermuyla dari urat daun, melecur. Kemudian tanda-tanda ini juga kelihatan pada daun yang matang. Tanda kekurangan Mangan.
Daun menjadi luntur antara urat-urat daun, dalam bentuk tompok-tompok. Daun yang baru tumbuh tidak sebesar daun yang biasa. Tanda kekurangan Zink.
Daun pada pucuk utama menjadi pucat. Putik bunga menjadi erot. Batang menjadi pendek dan pecah. Daun menjadi rapuh dan erot. Tanda kekurangan Boron.
Pertumbuhan terbantut, daun bergulung, hujung daun melecur dan bahagian tepi daun mati. Pucuk utama dan putik bunga luruh. Kekurangan Kalsium
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment