Friday, August 12, 2011

Samsung Galaxy Tab

Break sekejap dari cerita reno buat rumah dah naik juling mato den tengok kipas, sinki. pagi ne tengok dalam satu blok ada paparkan video ne. samsung tap lebih nipis dari model sebelum ne dan sama besar dengan ipad 2. hehehe..tengok macam mana ipad kena anjing dengan samsung.

My House Story: Nak Cari Kipas

Semalam masa beli dapur aku nampak kipas rubine cantek juga la. allan salesman edai tu kata ada promosi 299 dapat dua kipas lima blade. 14 inci @ watts besar dari biasa. dan warranty 3 tahun untuk motor dia. onside service kalau rosak. ermmmm menarik. so baru saja surf internet tengok2 komen orang lain. nampaknya rubine ne kira dapat good review. cuma beza dalam forum banyak kata warranty 1o tahun compare apa yang allan bagitau kat aku semalam.

Jenama KDK

Rubine 3 blade (copy dari blog lain tampa izin...sorry bro)


Rubine 5 blade

Wednesday, August 10, 2011

My House Story: Penapis Air

Baru sahaja nak order penapis air untuk sambung di luar rumah kat meter utama dan terserempak dengan statement syabas dalam metro pasal benda ne. Adussss

----------------------------------------
Elak guna penapis air
Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my

KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.


“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.


Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.


“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.


“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya.

My House Story: Sambung Kerja

dah hampir 5 hari kerja-kerja di lokasi rumah aku tidak berjalan gara-gara subcon yang tamak. akhirnya selasa dapat juga aku pekerja untuk meneruskan kerja-kerja di rumah yang dah tinggal ranka. rupanya bayar ikut kong atau gaji hari lebih banyak menjimatkan namun ada resiko kerja akan bertambah slow. aku yakin dengan group matsaari ne sebab kawan satu office aku kenal dia.

sudah tertulis rezeki melimpah ruah hari itu, ramai kawan-kawan baru seperti bahrin dan tuan presiden en arif cuba membantu. Terima kasih tuan-tuan semua. Mat saari ne aku dapat contact tru kawan lama, alhamdulilah orangnya nampak lebih jujur dan boleh membantu.

pagi tadi satu lagi rezeki mendatang, batu bata merah dapat RM240 satu pallet so akan menjimatkan kos bahan binaan rumah aku.

Tengahari sempat lari ke puchong beli oven, hobs dan hood berjenama Fagor dari Seloka Sukma. Setelah membuat perbandingan harga dan spesifikasi dengan jenama elektrolux aku pilih fagor sebab lebih jimat. Beza dalam 1500 so duit lebihan ne boleh beli sinki dan alatan lain. Ikutkan hati memang nak beli elextrolux tapi duit nya pak...



Sunday, August 7, 2011

My House Story: nobody work

setelah hampir sebulan kerja-kerja di tampak rumah aku berjalan rancak hari ini nobody comes for the work coz my bro terminate diorang semalam. worry about my stuff lying without anybody watch it.





Friday, August 5, 2011

My House Story: Concrete lantai settle






cilok sat masa tengah free utk tengok rumah. dah siap pun lantai aku. mai aii besar giler. mampus nak fitting nanti. berita tidak mengembirakan aku pagi bila abang kata wiring mungkin cost sampai belas ribu utnuk 3 phase. then sambung parking sampai 20 ribu subcon nak. mampus nee...

Thursday, August 4, 2011

My House Story: kena bambu

semalam sepatutnya semua tanah di tapak rumah dah di ratakan dan simen untuk driveway dah di tuang.mengamuk la abang aku,dia kata masa ini tiang rumah dah patut buat kalau slow sangat nanti lambat siap. subcon kena last warning dan kalau masih slow mungkin kena terminate