Sunday, January 15, 2012

My House Story: Misi mencari Sinki Dapur

Hari ini misi mencari sinki dapur di sambung semula setelah terkendala sekian lama. Pekerja sudah memulakan kerja2 membina pelantar dapur dan acuan untuk dapur gas dan sinki.

Mula ke kedai tiles di Taman Perindustrian Kinrara. Ada tiles murah. Not bad. Akan di ulang kunjungan. Kedai sama ada ada jual sinki. Murah2 tapi brand dari cina.

Then terus ke Seloka Sukma untuk pick up hoob Fagor yang tak kunjung tiba. Masih belum dapat diselesaikan masalah ini. Tak ada stok. Hampeeh.

Dah sampai ke puchong aku ambil peluang untuk cari sinki di kedai racoltta mcm dalam blog yang aku baca. Tak jumpa yang jumpa kedai elektrik. Terus survey down light LED. Tak banyak choice rupanya dan mahal2 belaka.

Akhirnya jumpa satu kedai jual dalam RM12 sebiji tapi untuk hari ini sahaja. Lepas raya cina harga lain.

Terus mencari sinki untuk dapur belum jumpa yang berkenaan. My wife cadang ambik sinki kat kedai kinrara yang 4 segi harga RM660. Aku setuju dan terus capai kereta nak balik. On the way back nampak kedai kitchen appliance kat sederet Pelita Puchong. Park kereta jauh then kena jalan. Sambil jalan try masuk satu kedai jual sinki. La rupanya kat sini kedai racoltta yang aku dok cari sekian lama. Ada pun. Hahahaha

Ada teka..good..harga not bad cuma nipis dalam 0.9mm lepas tu cetek dalam 6 cm. Belek punya belek nampak satu sinki jenama Baco. Ok hampir 4 segi. Tebal 10.5 mm dalam dalam 10cm. Harga promo RM599. Berkenan juga. Nampak satu jenama jerman Haunser fuhhh canteeekkk tapi harga RM1500. Sales girl tu suggest ambik granite tapi harga mak aiii 2 ribu lebih. Bincang2 decide ambik Baco la. Upah tebuk lubang RM50. Beli kepala paip piranha RM230 then beli try RM75. Semua RM954. Settle satu. Hehehe bagus juga sales girl sini boleh tawar menawar.

1 comment: