Friday, April 13, 2012

My House Story: skirting

Johny dah sapu cat habis semua kayu pagi tadi tapi bila nak sapu varnish tengah panas mengelupas gila. Apa la. Call kedai kayu mcm haram jawapan dia. On the way balik aku teringat masa zaman sekolah kelas seni perusahaan terus call johny suruh dia varnish dalam rumah bagi jangan panas sangat. Ok jadi. Hahaha nasib baik masa cikgu hasan ajor aku tak tido. Dah pasang nampak cantek alhamdulilah.

Budak2 cat very helpful dan bagi tips warna tapi kantoi juga sebab bila beli warna cat untuk papan manis rupanya salah tak matching dengan warna foamcrete.

Sudirman muncul kembali setelah 3 hari menghilangkan diri. Fuhh..nasib baik. Banyak akal dia ne

Woon plaster siling pun datang pagi tadi bawak chief crew dia. Banyak yang dia kena tampal lubang sebab sudirman sudah tebuk. Lubang untuk kipas master bedroom pun kena tebuk. satu lubang kena tebuk untuk bilik air dengan dapur.

Thursday, April 12, 2012

My House Story: cat oh cat

Kerja-kerja mengecat ruangan bilik di tingkat atas sudah bermula. Bilik daniel dan aleeya nampak lembut dengan warna rose pastel dengan light purple.

Bilik aku nak bagi nampak gempak pakai warna hijau kekuningan. Cuma tinggal feature wall belum boleh decide lagi apa warna.

Kerja-kerja pemasangan tiles kaca di bahagian dapur sudah bermula dan amat memberanggsangkan hasil akhir dia.. Heheheh berkilat woo.

Sudirman tak datang lagi hari ini so tiada siapa nak pasang lampu pagar. Adus. Call tak berangkat dia ne. Satu lagi no langsung tak dapat.

Tiles hampir selesai di pasang di semua kawasan. Aku dah decide nak pasang tiles kat kawasan driveway hopefully dapat kawtim harga nanti dengan awen.

My House Story: Lampu Pagar

Akhirnya di beli juga. Rushing p ke house of lighting petang tadi. Mem besar sangat berminat dengan lampu chandelier spiral yang tengah sale RM750 tapi aku nak yang saiz besar sikit so kena tunggu ada duit lebih sikit la.
Belek punya belek lampu pagar mem minat lampu yang macam kaca pecah bila pasang cahaya merah. Not bad. Terus sapu. Settle

Pagi tadi sempat balik ke sg pelik tengok pagar. Dah siap dan menunggu untuk dihantar ke pawder coating sahaja. Cantik la juga walau agak rendah di bahagian pangkal tak macam yang aku nak dalam gambar.

Pekerja yang dok mengecat dah hampir selesai pulun cat luar. Nampak kemas cuma timeless 1024 yang aku beli tak sama caler dengan katalog. Hampehh.

Wire men dengan tukang pasang tiles cuti lagi hari ne. Banyak la cuti diorang kan.

Tuesday, April 10, 2012

My House Story: proses mengecat rumah bermula

Semalam kecoh bagai nak rak pasal tiles, dalam hujan lebat aku p beli hari cina ne tak datang pulak kerja. Aduss..delay lagi. Lepas tu salahkan aku. Mampuihh

Pagi tadi johny dah mula buat acuan untuk concrete kawasan driveway ke parking. Petang tadi aku check baru siap separuh sebab brc x cukup. Mangkuk ne masa aku datang pagi tadi tak mahu bagitau kena beli brc. Keypad lock betul laa.

Pekerja untuk mengecat dah mula untuk cat siling luar dan finishing untuk foamcrete area tingkat. Nasib baik warna yang aku pilih tu nampak gelap sikit so kira ok laa..

Saturday, April 7, 2012

My House Story: Proses pembelian lampu lampuan

Banyak maklumat kita dapat jika ingin membeli barang. Antara sumber maklumat yang paling senang adalah internet. Hehehe google je apa nak ada.

Aku tgh dalam proses nak membeli lampu untuk dapur dan untuk pagar surf punya surf banyak review ke arah satu kedai di puchong. House of lighting sentiasa menjadi topik entry blog ramai pemilik rumah yang tengah mencari barang rumah masing-masing.

Tak susah nak cari. Ok la banyak choice tapi kalau tenguk sakit tak yah la menggada-ngada nak p kedai ne sebab memang banyak sangat lampu lampu menarik.

Masuk jer kedai dah nampak chandelier yang aku dok imagine. Spiral dengan kaca bergantungan. Ada kat kedai ini dijual dengan harga RM750 siap ada 20% discount. Saiz besar RM 1700 dengan discount 20% lagi. Ada harapan aku rempat. Kalau la bajet aku ada sure aku sapu tadi.. Sabor je la.

Survey lagi untuk lampu pagar pula. Berkenaan satu design yang secucuk dengan rekabentuk rumah aku yang terlebih besar ne. Tapi malang tak ada stok la pulak. Kat sejam survey perut pun dah lapor balik jer la ye. On the way keluar nampak lampu sarang burung untuk dapur mcm wife aku nak. Tapi diperbuat dari gel. So see through. Cung. Beli saiz besar then mentol besar untuk nampak impak dia. Ok juga tu. Mungkin akan di letakkan di tangga juga nanti.

Thursday, April 5, 2012

My House Story: Fitting and tiles

Pagi tadi aku dapat jumpa pekerja sekejap dan minta supaya tiles di depan main door di buka semula. Macam2 cina tiles punya alasan. Duit aku suka hati la.

Lampu dah ada yang menyala tapi lampu LED putih yang aku beli utk dapur tak boleh menyala. Macam tutututtu..mahal tu.

Kipas aku dah beli 7 unit utk pasang dimana perlu la dulu.

Batu kaca untuk dapur dah ambik semalam tapi hari ini berita buruk sebab kedai kata no more stok untuk tambahan yang aku nak order. Satu lagi janji palsu kedai.

My House Story: breaking point

Dah 3 malam aku tak dapat tido akibat memikirkan rumah aku dan kos yang terpaksa di tanggung. Stress sampai sakit badan. Semuanya dugaan dari allah mungkin kerana aku terlalu riak dengan kebesaran rumah aku. Mungkin tak di sengajakan tapi kadang-kadang aku banga dapat rumah besar macam ne. Semuanya ujian..mengajar aku supaya lebih bersyukur dan redha.

Petang tadi sekali lagi aku diuji dengan pemasangan tiles yang mcm haram sahaja. Nampak cantek atas simen hitam tapi bila dah pasang mcm haram.

Design tu la yang buat aku datang baalik ke rumah malam tadi dan call taiko aween minta bukak balik. Adussss