Thursday, April 12, 2012

My House Story: Lampu Pagar

Akhirnya di beli juga. Rushing p ke house of lighting petang tadi. Mem besar sangat berminat dengan lampu chandelier spiral yang tengah sale RM750 tapi aku nak yang saiz besar sikit so kena tunggu ada duit lebih sikit la.
Belek punya belek lampu pagar mem minat lampu yang macam kaca pecah bila pasang cahaya merah. Not bad. Terus sapu. Settle

Pagi tadi sempat balik ke sg pelik tengok pagar. Dah siap dan menunggu untuk dihantar ke pawder coating sahaja. Cantik la juga walau agak rendah di bahagian pangkal tak macam yang aku nak dalam gambar.

Pekerja yang dok mengecat dah hampir selesai pulun cat luar. Nampak kemas cuma timeless 1024 yang aku beli tak sama caler dengan katalog. Hampehh.

Wire men dengan tukang pasang tiles cuti lagi hari ne. Banyak la cuti diorang kan.

No comments:

Post a Comment