Setelah banyak aspek di pertimbangkan akkhirnya aku memilih cat dari jenama nippon untuk common area memandangkan harga yang amat murah dan hampir menyamai kualiti cat jotun. Apa nak buat bajet sudah melarikan diri.
Paling memeranjatkan bila aku tengah lunch bila mendapat panggilan bertalu-talu dari johny dan pekerja cat. Dah berdebar apa hal ne. Johny kemalangan ditempat kerja apabila grinder yang dipakai untuk memotong kayu terbabas kena pada kaki dia. Adusss..mcm pelumba F1 aku drive ke site. Nampak parah. Budak cat tu kata darah memang banyak kat atas.
Aku bawak ke klinik berhampiran tapi doktor bertugas kata ini kes serius mungkin urat kaki putus dan kena hantar ke hospital serdang. Drive lagi. Luka johny nampak dalam. Sampai ke hospital serdang kena tunggu bagai nak rak di wad spara kecemasan. Jam 2 masuk jam 5 petang baru dapat jumpa doktor. Then kena tendang ke wad optho untuk jahit. Tunggu lagi sejam. Sebelum doktor kata kena warded sebab serious dan kena operate malam ne. Aduss semua tu punya tapi aku kena redha sebab johny aku yang nak sambung di site aku.
No comments:
Post a Comment