Saturday, July 30, 2011

My House Story: Kerja-kerja membuat acuan Beam

Pagi ne sempat juga aku jengah site untuk tengok perkembangan renovation rumah aku. Setelah pusing-pusing cari jalan ke seri serdang aku dapat juga ambik abang aku.

Walaupun hujan renyai-renyai tapi pekerja osman tetap meneruskan kerja-kerja membuat acuan untuk beam, sambung kabel besi untuk tiang dan acuan untuk driveway rumah nanti.

Abang aku pesan untuk aku start proses permohonan 3 phase untuk pendawaian rumah. Not in the early plan but for future expansion usage.

Lagi sekali kena bayor untuk barang-barang hardware termasuk simen. Hangus 850.

Then abang aku ajak survey atap keping (shingle) di kucai lam malangnya kedai tutup la pulak. Then ke kedai ikan koi..teruja tengok ikan2 koi yang cantek. Ermm ada harapan aku beli nanti. Tapi depend on budget and safety requirement.

My House Story:Dapur

kena juga pikir pasal design dapur. nak design macam mana, nak pakai kayu apa, besar mana dan yang paling tak best bajet.

setelah banyak baca dalam internet dan magazine kami decide untuk do away wet kitchen dry kitchen dan hanya ada satu multi purpose kitchen tapi kena cari hood yang offer the strongest suction untuk mengelakkan bau dan asap masuk ruang tamu.

member aku murad yang ada kilang perabot offer untuk dapatkan the best deal untuk aku dan dah bagi pre design untuk aku tengok.

murad design



kecik tapi padat
ermm comel

bini dah pesan kena da ne

Friday, July 29, 2011

My House Story:Tiles

lagi satu benda yang memeningkan dan akan memakan bajet yang agak besar dalam kos ubah suai rumah aku ne. aku cadang nak pasang 2 kai x 2 kaki. berdasarkan pengalaman abang aku harga satu unit RM 15. Adusssss...mampuss.. RM 26400 terbang. kena cari yang lebih murah. kena call kawan2 untuk dapatkan harga yang lebih murah..

aku cadang nak incorporate this design dalam certain area
kat ruamh dapur atau raung tamu. tak perlu banyak just to highlight sahaja.




nak guna design macam ne di ruang tamu tapu banyak sangat kuning.
better putih untuk bagi luar kawasan.

definitely will used this tile for my corridor


My House Story: Wood Flooring

Dok servey pasal flooring ne pun dah buat kepada pusing. punya la banyak jenis dan kegunaan. ada hardwood tapi mahal so lumina jadi pilihan. ada yang imprted dari luar negara ada yang local manufactured> so depend on the budget tepuk dada tanya selera dalam kes aku bukak wallet baru tanya selera. huhuh

scotia beech


Alder bordeux


CF7586 Southern Oak


S7661 Raptor Birch

My House Story: new check list

ada lagi yang kena buat nee:

1. TNB - nak kena pasang 3 phase utk eletrik wiring
2. sinki - dah kena pilih
3. tile - dah kena pikir design bentuk warna
4. kepala paip - dah kena tengok jenis dan bajet
5. kayu lantai - warna
6. wardrobe - kena tengok design
7. pintu - design warna..susun letak
8. tingkap macam mana
9. panadol lagi

Thursday, July 28, 2011

My House Story: kerja-kerja asas






Sempat juga lari pagi ne tengok perkembangan rumah aku. setelah dua hari tak p tengok. nampaknya simen yang dituang kelmarin dah kering dan pekerja mula buat acuan untuk beam. harap-harap semuanya lancar.

Semalam abang aku bising sebab subcon lembab buat kerja. mungkin dah jadi culture indon ne bila orang tak tengok diorang slow sikit. apa-apu pun aku percaya pada abang aku dan plan dia. pasti siap.

Monday, July 25, 2011

My House Story: Premix time

Setelah sepagi aku settle transfer duit pada akaun abang aku, aku kena datang balik ke site untuk bayar tambahan simen premix yang masih kurang. Pagi tadi dah selori sampai ne kena tambah lagi selori.

Lokasi tempat bayar dihujung taman Adilla (tak ingat nama betul) masuk jalan tak berturap terus ke kilang simen mixer. punya la berabuk dan jalan tanah yang berlubang-lubang. Lepas bayar balik ke site untuk tunggu mixer sampai.

first time aku buat kerja-kerja macam ne...susah juga kalau nak jimatkan kos.

simen 1st batch


simen 2nd batch

debu penuh kat kereta. dah macam kereta kontraktor

tempat aku beli simen


rumah untuk dilelong. kawasan ini dah agak mahal. brother belakang rumah aku beli intermediate rm260k sebab luas tanah 20x90. so kawan-kawan nak beli rumah kena decide now sebab next year mungkin naik lagi.

My House Story: Kitchen appliance

Elba


Rubine



Dah kena survey kitchen appliance for my house. Banyak sangat brand sampai pening. survey internet banyak baca blog. nampaknya brand rubine, teka, fujihome, elba fagor jadi pilihan.

Sunday, July 24, 2011

My House Story: Sunday again






Hari ini genap seminggu sesi renovation rumah aku bermula. Dari penuh dengan semak lalang dan pokok tumpang sekarang dah jadi padang jarak padang tekukur..habis dah rupa macam zon perang penuh dengan lubang.

Semalam masa site inspection abang aku notis base foundation untuk tiang tambahan hala ke pagar sesi terlebih jarak dan lari dari jajaran tiang rumah lama. nasib baik belum isi simen. kalau tak terbang lagi riban2. bising abang aku dengan ali sebab tugas ali untuk monitor site untuk elak benda2 mcm ne jadi.

Petang tadi murad datang untuk bincang pasal kitchen cabinet dan joint venture project dengan abang aku. layan jer. kalau ada rezeki murad akan buat kitchen kabinet aku murah2..hahahah. Murad juga cadang rumah aku fitted with 3 phase wiring untuk kegunaan masa depan. naother RM2k terbang dengan wiring kira lain tu. 2k untuk deposit TNB.

Abang dah push aku cari sinki, taps dan lain-lain peralatan untuk fitting. kena bergerak cergas nee... dah jenuh mata tgk dalam internet pasal sinki, dapur, taps, bathroom accessories dan lain-lain. Sorento nampaknya offer good kualiti tapi harga agak mahal la. Compare to teka mungkin aku pilih sorento.

Dapur robine atau elba atau fagor jadi pilihan. next week kena p tengok

Saturday, July 23, 2011

My House Story: building the foundation

Pagi-pagi lagi dah kena bebel sebab tak p tgk site awal. Hahaha. Plan nak p tgk jam 10 then bawak ali ke teluk intan utk tgk rumah tinggal.

Sampai di site, wah dah siap lubang utk foundation. Wah cepatnya. Tapi tgk atas tanah tak nampak langsung rupa rumah aku.

Hari ini another load of hardware supply arrived. Cable Y16 (baru tahu apa maksud tu) kayu dan kereta tolak sampai. Terbang lagi seriban lebih.

Nampaknya rumah aku ne terlebih sudah besar dia sampai laman x cukup luas. Salah pengiraan dan imiginasi aku rupenye. Huhuhu

My House Story: tour to teluk intan

rumah ada huhuhu.......besar tapi tak ada orang duduk

rumah di Teluk Intan



My quest for used wood brought me to this part of Perak. I called this hj to make appointment to see the house said to be demolished later. We planned to buy the said house if the wood suitable for my renovation project.

It took me nearly 3 hours to reach teluk intan after sight seeing through the country side.

We arrived safely at Kampung Bahagia Teluk Intan after nearly 3 hour drive. As promised Tuan Haji waiting at the front of the big hall. Just opposite of the dewan was the house that we want to buy.

The house overall was in good condition but the pillar was smaller then the one that we saw in Labu. It measure 5x5 which didn't suitable for our propose corridor.

After some small discussion with tuan hj we are heading back to KL. And my brother offered me to see. his previous project in shah alam.

The owner didn't stay at the house which rumors to be infested by some spirit. Huhuhu

Thursday, July 21, 2011

My House Story: demolition

Bila tengok rumah hari ini alamak ini ke rumah aku?? naya..habis lopong...punya la sekajap kerja kalau guna JCB...aduss..minta-minta tiada apa2 yang berlaku lagi hari ini dan kerja2 boleh berjalan dengan baik tanpa ganguan. semalam black out panic sekejap sebab effect rumah jiran-jiran.


Tong roro dah penuh
pekerja pun makin ramai
dah tinggal rangka
jentera berat