Sunday, July 24, 2011

My House Story: Sunday again






Hari ini genap seminggu sesi renovation rumah aku bermula. Dari penuh dengan semak lalang dan pokok tumpang sekarang dah jadi padang jarak padang tekukur..habis dah rupa macam zon perang penuh dengan lubang.

Semalam masa site inspection abang aku notis base foundation untuk tiang tambahan hala ke pagar sesi terlebih jarak dan lari dari jajaran tiang rumah lama. nasib baik belum isi simen. kalau tak terbang lagi riban2. bising abang aku dengan ali sebab tugas ali untuk monitor site untuk elak benda2 mcm ne jadi.

Petang tadi murad datang untuk bincang pasal kitchen cabinet dan joint venture project dengan abang aku. layan jer. kalau ada rezeki murad akan buat kitchen kabinet aku murah2..hahahah. Murad juga cadang rumah aku fitted with 3 phase wiring untuk kegunaan masa depan. naother RM2k terbang dengan wiring kira lain tu. 2k untuk deposit TNB.

Abang dah push aku cari sinki, taps dan lain-lain peralatan untuk fitting. kena bergerak cergas nee... dah jenuh mata tgk dalam internet pasal sinki, dapur, taps, bathroom accessories dan lain-lain. Sorento nampaknya offer good kualiti tapi harga agak mahal la. Compare to teka mungkin aku pilih sorento.

Dapur robine atau elba atau fagor jadi pilihan. next week kena p tengok

No comments:

Post a Comment